Thursday, 16 August 2012

Lebaran datang menjemput tidak lama lagi

hmm raya lagi berapa hari je kan ? raya tahun nie rasa macam ta menarik sangat sebab banyak benda yang ta beli disebabkan duit yang tidak mengcukupi tapi alhamdulillah lah aku tetap bersyukur dengan apa yang ada..tarikh hari raya dengan tarikh birthday iqbal sama tahun nie so ta dapat lah aku sambut hari jadi dia yang ke 20tahun..insyaallah lepas raya kami akan sambut sama sama..dah dekat 5 tahun kami bersama tapi kami ta pernah sambut raya pertama sama sama..agak agak bila lah boleh sambut raya pertama sama sama kan ? setiap kali raya mesti sambut hari raya ke 5 or 6 haha sedih betul kan ? tapi tape lah janji dapat jugak sambut sama sama :)
harap raya tahun nie lebih bermakna daripada raya tahun lepas even banyak benda yang ta dapat beli untuk persiapan raya tapi minta minta lah hari raya tahun nie memberi seribu makna untuk aku , iqbal dan family aku..
SELAMAT HARI RAYA AKU UCAPKAN UNTUK SEMUA ORANG YANG MENGENALI AKU..SEMOGA RAYA ANDA SEMUA LEBIH BERMAKNA JUGAK TAHUN NIE YAA KAWAN KAWAN :)
sayangku MUHAMMAD IQBAL sempena lebaran yang dah hampir dengan kita tidak lama lagi ini fie mahu minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas silap dan salah fie yang terlalu banyak terhadap qie..fie hanya manusia biasa dan ta pernah lari daripada melakukan kesilapan diri jadi fie berharap qie dapat maafkan semuanya dengan seikhlas hati..memandangkan hari raya tahun ini sama dengan hari lahir qie fie ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . also want to say SELAMAT HARI JADI SAYANG yang ke 20 tahun..semoga raya tahun ini memberi seribu makna untuk sayang sekeluarga , insyaallah aminn :) nanti balik daripada kampung kita sambut raya plus sambut birthday qie sama sama ya sayang..insyaalla dengan izinNya :) fie minta maaf sekali lagi andai ada silap dan salah yang terlampau yang pernah fie buat sepanjang kita bersama..
the end of my story for today is drive safely on the road and thinking about your lovely person that are always waiting for you at your hometown..
SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM :)

Monday, 13 August 2012

jealous much dengan dia

Actually aku tade niat pun nak bergaduh or cari pasal dengan dia tapi perasaan jealous mula menghantui aku sejak dia menceritakan tentang kawan dia yang sangat memahami dia tu..perempuan mana ta jealous kan bila orang yang dia sayang mula cerita pasal orang lain yang lagi memahami keadaan dia..tapi tape lah mungkin nie balasan Allah S.W.T untuk aku dengan kesilapan aku yang lalu..aku cuba untuk sorokan perasaan jealous yang too much nie depan dia tapi ternyata aku ta mampu untuk sorok sebab aku memang ta mampu untuk bohong diri aku sendiri..aku tana bagitahu dia apa apa tapi dia mula dapat rasa ada yang ta kena dengan diri aku sejak dua tiga hari nie hmm :'( untuk pengetahuan sume girlfriend mana yang ta jealous bila boyfriend dia ada kawan perempuan yang sangat memahami diri dia , bukan setakat memahami je cantik pulak tu..kadang kadang semua perkara buruk yang terlintas di fikiran hmm :( aku cuba kuat kan diri tapi aku ta mampu and aku ta kuat untuk hadapi sume nie..memang lah dia cakap yang dia dah ta contact dengan kawan dia tu tapi siapa tahu kan apa yang berlaku kat belakang kita..mulut memang manis berkata kata tapi belum tentu semuanya betul.
Hmm seriously aku sangat takut sekarang sampai kadang kadang aku ta tahu nak buat apa lagi untuk tenangkan diri aku supaya dapat lupakan sume nie tapi makin aku mencuba untuk melupakan semua nie makin banyak lah perkara buruk yang aku fikir tentang dia dengan girl tu . haiiihh !!! makin lama makin serious nie..apa patut aku buat untuk lupakan apa yang berlaku nie..huh ! nak terus terang dengan dia pun aku ta berani sebab aku tana dia cakap aku macam macam lagi..cukup lah aku dah ta sanggup lagi :( hati kecil aku selalu berkata " biarlah dia mencari orang yang boleh membahagiakan hidup dia daripada dia menyiksa hidup dia disebabkan aku " bila aku dah mula putus asa itulah yang selalu aku cakapkan ! apa boleh buat kan hmm..sejak dia mula menceritakan tentang girl tu , mengalir airmata aku bila teringat kata kata dia yang cuba untuk menyakinkan aku yang perempaun itu sangat perfect untuk dia hmm sangat takut kalau dia dah mula berubah hati :'(
ya Allah kuatkan lah diri aku untuk terima cubaanMu ini dengan hati yang tenang ya Allah..kosongkan lah fikiran aku ini daripada aku berfikiran buruk terhadapnya ya Allah.. "saya minta maaf sangat sangat kat awak sebab saya berubah perangai..saya tahu awak banyak problem sekarang nie sebab tu saya tana awak tahu kenapa saya macam nak tana je layan awak..saya tana awak kusutkan lagi fikiran awak dia sebabkan perangai saya yang sangat jealous dengan awak and kawan baik awak tu..sekali lagi saya minta maaf sangat sangat dengan apa yang terjadi..SAYA NAK AWAK TAHU YANG SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK LEBIH DARIPADA SEGALA GALANYA..YANA YANG DULU AND  YANA YANG SEKARANG SANGAT BERLAINAN..i'm only have you now and till forever !
really love you MUHAMMAD IQBAL BIN NGATHIMAN .

Sunday, 12 August 2012

berubah ke jalan yang benar

assalamualaikum..
hmm rasa macam ta boleh nak tido pulak malam nie..kenapa lah dengan aku nie..
so nak bercerita dengan semua lah..aku ada niat yang baik sebenarnya untuk berubah demi kebahagiaan aku dengan dia tapi dia macam ragu ragu dengan aku agaknya..tape lah bak kata orang tua nak berubah untuk menjadi yang lebih baik banyak dugaan yang kita kene tempuhi sebab banyak benda yang kita akan hadapi dalam masa kita mahu berubah ke jalan yang benar nie..so i'm try my best to find a good way for both of us even he can't believe me but Allah S.W.T always know what is in my heart and what i'm going to do..so bersabar dengan ujian daripadaNya adalah salah satu kekuatan yang perlu ada dalam diri kita untuk menempuhi semua cabaran yang mendatang..ta kisah lah dia nak cakap apa pun kat aku yang penting aku mahu lakukan yang terbaik untuk hubungan aku dengan dia..aku tidak mahu dipersalahkan lagi bila aku tidak melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan untuk melihat dia tidak berseorangan satu hari nanti..aku tidak mahu dia salah anggap dengan apa yang aku mahu lakukan tapi aku hanya mahu dia berkawan dengan orang yang pernah menolong dia disaat aku melukakan hati dia dan aku jugak tidak mahu dia meninggalkan kawannya itu disebabkan aku..berkawan ta salah kerana kita perlu ada ramai kawan kat dunia nie supaya kita tidak rasa bersendirian apabila kita dalam kesusahan..mula mula memang lah timbul perasaan jealous tu kan ? tapi sampai bila aku harus jealous ? life must go on without any reason so jadikan cemburu itu sebagai kunci untuk menyakinkan diri yang dia adalah kepunyaan kita..nak berubah bukan senang untuk meyakinkan orang yang kita benar benar berubah sebab sekali orang pandang kita jahat then dia akan susah untuk melihat kebaikan yang kita lakukan..jadikan semua itu sebagai kekuatan diri untuk melawan kelamahan yang ada pada diri aku..aku ta minta dia percaya mahupun ta tapi apa yang aku tahu aku cuba yang terbaik untuk diri dia.aku izinkan apa yang dia mahu lakukan..aku juga izinkan dia berkawan dengan siapa yang dia mahu tapi aku tidak mahu kawan dia yang suka menghasut..baguslah kalau dia dapat kawan yang boleh membimbing dia ke jalan yang benar dah dapat memanhami diri dia..itu dah cukup bermakna untuk aku, at least kawan dia itu boleh bagi nasihat untuk diri dia..terima kasih sebab banyak bagi nasihat kat iqbal even kita ta kenal tapi aku still mahu ucapkan berbanyak terima kasih sebab berjaya menjadi kawan perempuan yang pertama yang boleh memahami isi hati iqbal..
the end of story , nak berubah bukan senang sebenarnya..banyak benda yang perlu kita hadapi dengan hati yang terbuka.. :')

saya tetap saya..


saya yana..saya biasa biasa je tade yang special pun . saya ta kisah apa orang nakk cakap pasal saya sekalipun yang penting saya tetap dengan diri saya..kadang kadang  ada jugak rasa berkecil hati dengan orang yang nak menjatuhkan saya daripada boyfriend saya..dari zaman sekolah till now ta habis habis nak menjatuhkan orang..ta tahu lah kenapa dia dengki sangat dengan saya..nama je perempuan tapi ta tahu erti perasaan seorang perempuan..pape entah kan..? zaman sekolah dulu saya memang baik dengan dia tapi ta sangka dia buat baik dengan saya semata mata nak amek kesempatan kat saya supaya dia boleh rapat and mengedik gedik dengan boyfriend saya..ta sangka kan..then now dia nak hasut boyfriend saya supaya tinggalkan saya dan jangan cari saya lagi..dia suruh boyfriend saya looking for new one..katanya ramai lagi yang boleh menyayangi boyfriend saya..siap cakap "aku dah cakap dulu kan jangan cari dia lagi" macam apa je kan..kalau betul betul kawan yang baik dia takan nak hasut orang dia mesti bagi nasihat or bimbingan yang betul..nie ta lagi nak menjatuhkan orang ada lah..nak merosakan pemikiran orang supaya ikut cakap dia yang nak tengok aku dengan boyfriend aku berpisah untuk selama lamanya then dia pun boleh lah tepuk tangan sebab gembira pisahkan kami kan..tapi  sebab niat dia yang jahat tu lah aku kuat kan diri untuk menerima semua dugaan ini then aku berjaya buktikan kat dia yang aku tetap jadi diri aku untuk bersama dengan boyfriend aku semula..alhamdulillah kami bahagia tanpa mendengar hasutan daripada kau wahai manusia yang bertopengkan syaitan !!!terima kasih untuk semuanya wahai kakak yang sangat saya hormati..!ingat lah wahai manusia yang Allah sentiasa melindungi hambanya yang benar benar berubah untuk mencari kebahagiaan dirinya dan dia juga akan sentiasa menolong hambanya untuk mencari kebahagiaan mengikut jalannya yang betul...Aminnnn :) saya memang suka orang khianat saya..khianat lah lagi yaa :)
byee byee ;)

bear yang lagi besar daripada saya ;)

haaa nie lah patung yang pernah saya dapat daripada boyfriend saya..besar kan ? tapi dia gebu tao saya sayang dia sebab dia selalu temankan saya tido :) 1/6/2011 haa masa nie lah dia buat kejutan untuk saya..wahh masa tu dia call cakap nak datang rumah tapi kalau dengar ada orang tekan bell rumah jangan suruh orang lain bukak pintu katanya :) dia nak suruh saya yang bukak pintu..ingatkan apa lah rupa rupanya nak bagi bear nie rupanya..around 2 o'clock bell bunyi saya pun bukak lah pintu..masa tu ta tahu apa apa pun lepas je bukak pintu saya tengok bear tu tersangkut kat gate depan rumah tapi dia menyorok kat tepi gate..saya punye menjerit sebab terkejut plus happy sangat..dia hadiahkan saya bear yang lagi besar daripada saya..ta tahu nak cakap apa dah saya terus peluk dia sambil berkata "terima kasih sayang" :)
AWESOME ^_^

Monday, 30 July 2012

kebahagiaan datang lagi untuk kami :)



alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku dapat bersama insan yang aku sayang semula..hati kecil ini tidak terkata betapa gembirannya aku bila dia dapat memaafkan dan menerima aku balik dalam hidup dia..terima kasih YA ALLAH..aku sangat bersyukur dengan apa yang telah engkau tentukan untuk kami..finally aku rasa gembira bila berada di samping dia..ternyata apa yang berlaku tempoh hari dapat mengajar dan mendewasakan diri aku..ternyata aku memang sayangkan dia lebih daripada segala-galanya tapi sayang aku pada family aku lagi kuat..betul kata mama "  cari orang yang betul betul menyayangi kita bukannya kita sayangkan seseorang itu " yes !! i will follow your words mama !

sayang,kita baru je lepas menyambut hari ulang tahun kita yang ke 4 tahun 6 bulan pada 24/7/2012 tempoh hari kan..seriously i'm happy with you even kita hanya wish dalam handphone but after a few days awak masak untuk saya kan sayang..i was like shocked for awhile my dear because i don't believe that you will cook for me and finally yess you did it very well..i'm so happy and appreciate it sayang :)
saya akan sentiasa bersama awak lepas nie dan untuk selama-lamanya..Insyaallah kalau tuhan izinkan kita bersama :) saya janji sayang yang saya tidak akan mensia-siakan lagi kehadiran awak dalam hidup saya..saya sangat bertuah miliki awak sebab awak jaga saya dengan baik..i'm only have you now and no more boyfriends except you MUHAMMAD IQBAL BIN NGATHIMAN <3

mama dan abah dah serahkan 99% tanggungjawab terhadap awak untuk menjaga saya bila saya berada jauh daripada keluarga..saya berharap awak hanya ada saya sorang sekarang..kita sama sama berubah untuk tidak ada lagi yang kedua mahupun yang ketiga di antara kita ya sayang..saya mahukan hubungan kita yang mula mula kita bina dahulu sebab iannya sangat bermakna untuk kita mulakan semula hubungan kita yang sekarang..saya mahu gembira bersama awak sayang..JADIKAN SAYA YANG HALAL UNTUK AWAK SATU HARI NANTI ;) i'm always waiting for you till the end of my life..INSYAALLAH DENGAN IZINNYA :) 
AKHIR KATA: I LOVEYOU FOR A THOUSAND MILLION YEARS !


Friday, 20 July 2012

if i get a second chance from you.....

20/7/2012 selepas kejadin malam tu..dia dah mula benci aku..text aku pun dah tana balas..tape lah ini semua pun salah aku memang padan lah dengan muka aku kan..dah lima hari aku rasa sunyi tanpa dia..tiap tiap hari aku tunggu respon daripada dia..tapi semua tu angan angan semata..apa yang aku mampu buat menangis je..nie lah perempuan kan ta pernah lari daripada mengalirkan air mata..hmm sakit bila pendam semua nie sorang sorang tapi nasib baik lah ada salah sorang daripada kawan aku sangat memahami situasi aku sekarang nie..dia banyak bagi nasihat even dia lelaki tapi dia sangat memahami sebab bukan senang nak lupakan seseorang yang pernah bersama kita dalam masa yang sangat lama katanya..terima kasih wahai sahabat sejati..dia banyak bagi nasihat kat aku..hmm aku ternyata aku ta boleh nak sorok isi hati aku kat dia sebab dia dapat rasa apa yang aku rasa..

Kalau lah satu hari nanti aku di beri peluang kedua olehnya..aku takan sia sia kan peluang tu malah aku nak gunakan peluang tu dengan sebaik mungkin sebab aku ta boleh hidup tanpa dia..setiap saat yang pernah aku lalui dengan dia ta pernah pun pudar dalam ingatan aku..sentiasa memikirkan dia..rasa kesal mula menghantui aku sejak dia pergi meninggalkan aku pada malam itu..seriously aku takan pernah boleh hidup tanpa dia..rasa macam dah ta boleh nak maafkan diri aku sendiri..perasaan sedih tu makin lama makin dekat dengan diri aku..aku sayang dia lebih daripada segala galanya..aku ta pernah sayang orang lain macam mana aku sayang dia..setiap malam aku tengok gambar gambar kenangan aku dengan dia..banyak sangat kenangan manis dan pahit antara kami..

Aku mahukan dia selalu ada untuk aku dan takan pernah hilang dalam hidup aku lagi jika aku dia beri peluang kedua satu hari nanti..selalu berdoa agar dia dapat maafkan aku di bulan RAMADHAN yang mulia ini..kata kawan aku "setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya" seriously aku rindu sangat kat dia..kalau lah kami jumpa lagi lepas nie,aku nak peluk dia erat erat sambil berkata "saya tana hilang awak lagi dari hidup saya even awak dah mula benci saya..saya nak awak selalu ada untuk saya sebab bila awak hilang dari hidup saya semuanya berubah sekelip mata sahaja..saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak lebih daripada segala galanya"..itu janji saya pada diri saya selepas awak pergi meninggalkan saya pada malam itu..semuanya berlaku terlalu cepat dan tanpa berfikir panjang i made a wrong decision..hmmm

Semoga di bulan RAMADHAN yang mulia ini semuanya menjadi lebih mudah untuk kita perbaiki kesalahan diri masing masing..AMIN ~


                                                                 ILOVEYOU MIN <3

Thursday, 19 July 2012

kenangan manis bersama MIN

24/1/2008 lepas balik daripada kokurikulum dia jemput aku kat depan sekolah..aku di temani kawan aku mimi..dia bawa aku pergi tasik shah alam..kat situ lah detik perkenalan kami bermula..kami perkenalkan diri masing masing dan bercerita tentang kisah diri masing masing..lama jugak lah bersembang kat tasik tu..lepas tu dia hantar aku balik rumah..tepat pukul 8.30 malam dia memberitahu sesuatu yang ta pernah aku jangkakan akan berlaku..dia propose aku as his GIRLFRIEND..aku terima dia seadanya..mula mula sangat lah malu sebab ta sangka dia akan buat macam tu..lama lama alhamdulillah everything gonna be okay..dia banyak berkorban untuk aku..semakin hari semakin bertambah sayang aku kat dia..dugaan yang menimpa begitu banyak, maklum lah mula mula kan..tapi kami cuba selesaikan dengan cara baik..alhamdulillah kami bahagia..

Actually detik perkenalan kami sangat lah melucukan sebab kami bertemu dalam sebuah bas sekolah :) tapi itu adalah kenangan yang paling manis..mula mula aku takut nak tegur dia sebab muka dia sangtlah garang masa tu..ternyata dia tade lah macam yang aku jangkakan..sebulan kemudian kami harungi pelbagai dugaan..sangat sukar nak terima tapi sabar itu penting dalam perhubungan kan..setahun bersama dia banyak kenangan manis dan kenangan pahit..lupakan pasal tu yang penting kami tetap bersama..ermm masa zaman sekolah dia ramai kawan perempuan sampai aku sangat jeles sebab dia layan kawan dia lebih daripada aku..tapelah dah berlalu pun kan..

Tahun kedua aku masih lagi GIRLFRIEND dia..tapi masa tahun kedua nie lah banyak sangat dugaan yang menimpa aku..sampai aku ta sanggup untuk terima semua dugaan itu..hmm tape lah janji kami masih bersama..dia suka bawak aku pergi mandi manda kat ulu yam dengan kawan kawan dia..boleh dikata kan tiap tiap hujung minggu kami mesti pergi berjalan jalan dengan kawan kawan dia..actually dia memang suka berjalan pun dan dia mesti bawa aku..ada satu hari tu kitaorang balik daripada ulu yam dalam keadaan yang hujan lebat sampai basah lah semuanya sebab naik motor kan hee :) sampai je rumah malam tu jugak aku demam..kalau demam je tape nie ta sekali dengan chickenpop..aduh memang seksa sangat hidup masa tu..petang esoknya dia datang jumpa aku..masa tu aku demam teruk..suhu badan pun panas sangat sangat sampai dia sanggup buka baju dia then basahkan untuk lap muka aku yang sangat panas tu..mengalir airmata aku masa dia lakukan semua tu kat aku..hati kecil aku berkata "ya allah betapa sayangnya dia kat aku" sambil mengalirkan airmata..banyak kenangan manis aku dengan dia..

Masuk tahun ketiga aku masih lagi milik dia..biasa lah makin lama makin banyak lah dugaan kan ? lupakan pasal dugaan..fokus pada kegembiraan :) tahun nie tahun yang paling buat aku takut sebab dia dah habis sekolah kan..risau jugak lah..mana tahu dia ada orang lain kan..tapi masa tu dia kerja untuk bayar kereta yang dia beli..alhamdulillah dia dah ada kereta masa tu..kami mula mula kenal dulu dia guna moto pakcik dia je then now dia beli kereta sebab dia berfikir sampai bila nak bawa anak dara orang naik moto..ta manis dia pandang orang katanya..alhamdulillah dia berfikir matang..aku bersyukur dapat dia..hmm tapi kenangan pahit banyak lah masa tahun ketiga nie..hmm kita orang tetap bersama..malas lah nak cerita kisah duka tu..just forget it :) lepas aku dah habis sekolah kita orang kerja sama sama tapi berlainan tempat..dia sanggup tunggu aku untuk sambung belajar sama sama..

Tahun keempat menjelma..kisah suka dan duka bermula di tahun nie..kami sambung belajar sama sama tapi berlainan kolej..pada mulanya kami sangat bahagia tapi  lama kelamaan kitaorang macam dah ta sehaluan lagi..mungkin ada salah pada diri masing masing..terutamanya aku lah..banyak sakitkan hati dia..aku bukan apa,aku just mahu berkawan dengan semua orang ja tapi dia macam ta bleh nak faham kot sebab kawan kawan aku kebanyakkannya semua lelaki..dia jeles katanya..tape lah malas nak cerita pasal tu lagi..hmm satu hari tu aku kehilangan dia atas kesalahan aku sendiri..sangat sunyi tanpa dia..bila ada selalu bergaduh tapi bila tade aku rasa rindu sangat kat dia..makin hari makin bertambah rindu aku kat dia..hmm tapi dia dah benci aku..aku tahu sebab salah aku jugak..masa tidak boleh diundur kan..hmm aku hanya mampu berdoa supaya ia happy suati hari nanti tanpa aku di sisi dia..dia happy dah cukup memberi aku seribu makna..tiap tiap hari aku tengok gambar kami bersama sampai ta tahan sebak aku menangis..sangat rindukan dengan kenangan yang lama..hmm apa boleh buat nasi dah jadi bubur kan..kesian dia aku banyak buat salah kat dia..aku berharap sangat dia akan maaf kan aku satu hari nanti..hmm kalau dia baca post aku nie..aku nak dia tahu yang aku takan pernah untuk melupakan dia dan segala kenangan manis dan pahit aku bersama dia masih segar lagi di ingatan sampai bila bila..TUHAN JAGAKAN DIA UNTUK AKU :(

SAYA AKAN TETAP PERHATIKAN AWAK EVEN DARI JARAK YANG JAUH..
SETIAP SAAT SAYA TA PERNAH LUPAKAN AWAK EVEN AWAK DAH MULA BENCI SAYA.
SAYANG SAYA TA PERNAH PUDAR UNTUK AWAK TA KISAH LAH AWAK NAK CAKAP APA SEKALIPUN... :'(

Sunday, 10 June 2012


hai semua..nama saya nurul fidiana nazuwa..
yana for short..saya simple saja..
saya suka berkawan dengan semua orang..
dulu hidup saya bahagia sangat tanpa
ada sebarang masalah besar yang saya kene hadapi macam sekarang.
now semua tu dah berubah dan ta ada lagi erti kebahagiaan
dalam hidup sebab semua yang saya pernah ada
sekarang dah hilang dengan sekelip mata..
saya akui TUHAN tengah menguji saya
dan saya jugak cuba sedaya upaya
untuk terima semua yang berlaku dengan hati yang tenang dah
ikhlas..
apa apa pun yang berlaku saya sangat berterima kasih kepadaNya
sebab dia turunkan dugaan untuk saya tandanya 
dia semakin sayang pada hambaNya  :)

Monday, 4 June 2012

beloved parents that i ever have :)


Nie lah ABAH dan MAMA saya :)
nama mama NORLIZA
nama abah pulak ZURAIMI
mama seorang yang penyabar dan penyayang
mama juga sangat taat dengan abah :)
abah nampak je garang tapi abah saya baik tao
sangat memahami anak anak dia terutamanya saya
saya sayang abah dengan mama saya..
Abah dengan Mama sangat lah bahagia
saya suka tengok mereka happy :)
semoga abah dengan mama bersama sehingga
 ke akhir hayat mereka..
AMINNNN !

Monday, 9 January 2012

our memories at KLMU

alolo sweetnya wanita wanita nie..
kat lab therapy je pun kan :)
:p


 last day bersama kamu sayang..
we gonna miss you :)
balik TAWAU jangan lupa kami semua tao :(

alolo amir nie gedik pulak..hahah :D
semoga kau dapat sayang kakak aku tu 
sampai bila bila okey..
jangan sakitkan hati dia tao :) 

                                                  bahagianya pasangan couple yg baru niee :)
semoga happy ending sayang :)
jangan gaduh gaduh tao :D

 amboi...tahu lah last paper kann
semuanya senyum lebar je kan
heee :)

last day with them..
i love them so much..
gonna miss you all sayang
see you next semester okey
ily <3