24/1/2008 lepas balik daripada kokurikulum dia jemput aku kat depan sekolah..aku di temani kawan aku mimi..dia bawa aku pergi tasik shah alam..kat situ lah detik perkenalan kami bermula..kami perkenalkan diri masing masing dan bercerita tentang kisah diri masing masing..lama jugak lah bersembang kat tasik tu..lepas tu dia hantar aku balik rumah..tepat pukul 8.30 malam dia memberitahu sesuatu yang ta pernah aku jangkakan akan berlaku..dia propose aku as his GIRLFRIEND..aku terima dia seadanya..mula mula sangat lah malu sebab ta sangka dia akan buat macam tu..lama lama alhamdulillah everything gonna be okay..dia banyak berkorban untuk aku..semakin hari semakin bertambah sayang aku kat dia..dugaan yang menimpa begitu banyak, maklum lah mula mula kan..tapi kami cuba selesaikan dengan cara baik..alhamdulillah kami bahagia..
Actually detik perkenalan kami sangat lah melucukan sebab kami bertemu dalam sebuah bas sekolah :) tapi itu adalah kenangan yang paling manis..mula mula aku takut nak tegur dia sebab muka dia sangtlah garang masa tu..ternyata dia tade lah macam yang aku jangkakan..sebulan kemudian kami harungi pelbagai dugaan..sangat sukar nak terima tapi sabar itu penting dalam perhubungan kan..setahun bersama dia banyak kenangan manis dan kenangan pahit..lupakan pasal tu yang penting kami tetap bersama..ermm masa zaman sekolah dia ramai kawan perempuan sampai aku sangat jeles sebab dia layan kawan dia lebih daripada aku..tapelah dah berlalu pun kan..
Tahun kedua aku masih lagi GIRLFRIEND dia..tapi masa tahun kedua nie lah banyak sangat dugaan yang menimpa aku..sampai aku ta sanggup untuk terima semua dugaan itu..hmm tape lah janji kami masih bersama..dia suka bawak aku pergi mandi manda kat ulu yam dengan kawan kawan dia..boleh dikata kan tiap tiap hujung minggu kami mesti pergi berjalan jalan dengan kawan kawan dia..actually dia memang suka berjalan pun dan dia mesti bawa aku..ada satu hari tu kitaorang balik daripada ulu yam dalam keadaan yang hujan lebat sampai basah lah semuanya sebab naik motor kan hee :) sampai je rumah malam tu jugak aku demam..kalau demam je tape nie ta sekali dengan chickenpop..aduh memang seksa sangat hidup masa tu..petang esoknya dia datang jumpa aku..masa tu aku demam teruk..suhu badan pun panas sangat sangat sampai dia sanggup buka baju dia then basahkan untuk lap muka aku yang sangat panas tu..mengalir airmata aku masa dia lakukan semua tu kat aku..hati kecil aku berkata "ya allah betapa sayangnya dia kat aku" sambil mengalirkan airmata..banyak kenangan manis aku dengan dia..
Masuk tahun ketiga aku masih lagi milik dia..biasa lah makin lama makin banyak lah dugaan kan ? lupakan pasal dugaan..fokus pada kegembiraan :) tahun nie tahun yang paling buat aku takut sebab dia dah habis sekolah kan..risau jugak lah..mana tahu dia ada orang lain kan..tapi masa tu dia kerja untuk bayar kereta yang dia beli..alhamdulillah dia dah ada kereta masa tu..kami mula mula kenal dulu dia guna moto pakcik dia je then now dia beli kereta sebab dia berfikir sampai bila nak bawa anak dara orang naik moto..ta manis dia pandang orang katanya..alhamdulillah dia berfikir matang..aku bersyukur dapat dia..hmm tapi kenangan pahit banyak lah masa tahun ketiga nie..hmm kita orang tetap bersama..malas lah nak cerita kisah duka tu..just forget it :) lepas aku dah habis sekolah kita orang kerja sama sama tapi berlainan tempat..dia sanggup tunggu aku untuk sambung belajar sama sama..
Tahun keempat menjelma..kisah suka dan duka bermula di tahun nie..kami sambung belajar sama sama tapi berlainan kolej..pada mulanya kami sangat bahagia tapi lama kelamaan kitaorang macam dah ta sehaluan lagi..mungkin ada salah pada diri masing masing..terutamanya aku lah..banyak sakitkan hati dia..aku bukan apa,aku just mahu berkawan dengan semua orang ja tapi dia macam ta bleh nak faham kot sebab kawan kawan aku kebanyakkannya semua lelaki..dia jeles katanya..tape lah malas nak cerita pasal tu lagi..hmm satu hari tu aku kehilangan dia atas kesalahan aku sendiri..sangat sunyi tanpa dia..bila ada selalu bergaduh tapi bila tade aku rasa rindu sangat kat dia..makin hari makin bertambah rindu aku kat dia..hmm tapi dia dah benci aku..aku tahu sebab salah aku jugak..masa tidak boleh diundur kan..hmm aku hanya mampu berdoa supaya ia happy suati hari nanti tanpa aku di sisi dia..dia happy dah cukup memberi aku seribu makna..tiap tiap hari aku tengok gambar kami bersama sampai ta tahan sebak aku menangis..sangat rindukan dengan kenangan yang lama..hmm apa boleh buat nasi dah jadi bubur kan..kesian dia aku banyak buat salah kat dia..aku berharap sangat dia akan maaf kan aku satu hari nanti..hmm kalau dia baca post aku nie..aku nak dia tahu yang aku takan pernah untuk melupakan dia dan segala kenangan manis dan pahit aku bersama dia masih segar lagi di ingatan sampai bila bila..TUHAN JAGAKAN DIA UNTUK AKU :(
SAYA AKAN TETAP PERHATIKAN AWAK EVEN DARI JARAK YANG JAUH..
SETIAP SAAT SAYA TA PERNAH LUPAKAN AWAK EVEN AWAK DAH MULA BENCI SAYA.
SAYANG SAYA TA PERNAH PUDAR UNTUK AWAK TA KISAH LAH AWAK NAK CAKAP APA SEKALIPUN... :'(
No comments:
Post a Comment