Monday, 30 July 2012

kebahagiaan datang lagi untuk kami :)



alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku dapat bersama insan yang aku sayang semula..hati kecil ini tidak terkata betapa gembirannya aku bila dia dapat memaafkan dan menerima aku balik dalam hidup dia..terima kasih YA ALLAH..aku sangat bersyukur dengan apa yang telah engkau tentukan untuk kami..finally aku rasa gembira bila berada di samping dia..ternyata apa yang berlaku tempoh hari dapat mengajar dan mendewasakan diri aku..ternyata aku memang sayangkan dia lebih daripada segala-galanya tapi sayang aku pada family aku lagi kuat..betul kata mama "  cari orang yang betul betul menyayangi kita bukannya kita sayangkan seseorang itu " yes !! i will follow your words mama !

sayang,kita baru je lepas menyambut hari ulang tahun kita yang ke 4 tahun 6 bulan pada 24/7/2012 tempoh hari kan..seriously i'm happy with you even kita hanya wish dalam handphone but after a few days awak masak untuk saya kan sayang..i was like shocked for awhile my dear because i don't believe that you will cook for me and finally yess you did it very well..i'm so happy and appreciate it sayang :)
saya akan sentiasa bersama awak lepas nie dan untuk selama-lamanya..Insyaallah kalau tuhan izinkan kita bersama :) saya janji sayang yang saya tidak akan mensia-siakan lagi kehadiran awak dalam hidup saya..saya sangat bertuah miliki awak sebab awak jaga saya dengan baik..i'm only have you now and no more boyfriends except you MUHAMMAD IQBAL BIN NGATHIMAN <3

mama dan abah dah serahkan 99% tanggungjawab terhadap awak untuk menjaga saya bila saya berada jauh daripada keluarga..saya berharap awak hanya ada saya sorang sekarang..kita sama sama berubah untuk tidak ada lagi yang kedua mahupun yang ketiga di antara kita ya sayang..saya mahukan hubungan kita yang mula mula kita bina dahulu sebab iannya sangat bermakna untuk kita mulakan semula hubungan kita yang sekarang..saya mahu gembira bersama awak sayang..JADIKAN SAYA YANG HALAL UNTUK AWAK SATU HARI NANTI ;) i'm always waiting for you till the end of my life..INSYAALLAH DENGAN IZINNYA :) 
AKHIR KATA: I LOVEYOU FOR A THOUSAND MILLION YEARS !


Friday, 20 July 2012

if i get a second chance from you.....

20/7/2012 selepas kejadin malam tu..dia dah mula benci aku..text aku pun dah tana balas..tape lah ini semua pun salah aku memang padan lah dengan muka aku kan..dah lima hari aku rasa sunyi tanpa dia..tiap tiap hari aku tunggu respon daripada dia..tapi semua tu angan angan semata..apa yang aku mampu buat menangis je..nie lah perempuan kan ta pernah lari daripada mengalirkan air mata..hmm sakit bila pendam semua nie sorang sorang tapi nasib baik lah ada salah sorang daripada kawan aku sangat memahami situasi aku sekarang nie..dia banyak bagi nasihat even dia lelaki tapi dia sangat memahami sebab bukan senang nak lupakan seseorang yang pernah bersama kita dalam masa yang sangat lama katanya..terima kasih wahai sahabat sejati..dia banyak bagi nasihat kat aku..hmm aku ternyata aku ta boleh nak sorok isi hati aku kat dia sebab dia dapat rasa apa yang aku rasa..

Kalau lah satu hari nanti aku di beri peluang kedua olehnya..aku takan sia sia kan peluang tu malah aku nak gunakan peluang tu dengan sebaik mungkin sebab aku ta boleh hidup tanpa dia..setiap saat yang pernah aku lalui dengan dia ta pernah pun pudar dalam ingatan aku..sentiasa memikirkan dia..rasa kesal mula menghantui aku sejak dia pergi meninggalkan aku pada malam itu..seriously aku takan pernah boleh hidup tanpa dia..rasa macam dah ta boleh nak maafkan diri aku sendiri..perasaan sedih tu makin lama makin dekat dengan diri aku..aku sayang dia lebih daripada segala galanya..aku ta pernah sayang orang lain macam mana aku sayang dia..setiap malam aku tengok gambar gambar kenangan aku dengan dia..banyak sangat kenangan manis dan pahit antara kami..

Aku mahukan dia selalu ada untuk aku dan takan pernah hilang dalam hidup aku lagi jika aku dia beri peluang kedua satu hari nanti..selalu berdoa agar dia dapat maafkan aku di bulan RAMADHAN yang mulia ini..kata kawan aku "setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya" seriously aku rindu sangat kat dia..kalau lah kami jumpa lagi lepas nie,aku nak peluk dia erat erat sambil berkata "saya tana hilang awak lagi dari hidup saya even awak dah mula benci saya..saya nak awak selalu ada untuk saya sebab bila awak hilang dari hidup saya semuanya berubah sekelip mata sahaja..saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak lebih daripada segala galanya"..itu janji saya pada diri saya selepas awak pergi meninggalkan saya pada malam itu..semuanya berlaku terlalu cepat dan tanpa berfikir panjang i made a wrong decision..hmmm

Semoga di bulan RAMADHAN yang mulia ini semuanya menjadi lebih mudah untuk kita perbaiki kesalahan diri masing masing..AMIN ~


                                                                 ILOVEYOU MIN <3

Thursday, 19 July 2012

kenangan manis bersama MIN

24/1/2008 lepas balik daripada kokurikulum dia jemput aku kat depan sekolah..aku di temani kawan aku mimi..dia bawa aku pergi tasik shah alam..kat situ lah detik perkenalan kami bermula..kami perkenalkan diri masing masing dan bercerita tentang kisah diri masing masing..lama jugak lah bersembang kat tasik tu..lepas tu dia hantar aku balik rumah..tepat pukul 8.30 malam dia memberitahu sesuatu yang ta pernah aku jangkakan akan berlaku..dia propose aku as his GIRLFRIEND..aku terima dia seadanya..mula mula sangat lah malu sebab ta sangka dia akan buat macam tu..lama lama alhamdulillah everything gonna be okay..dia banyak berkorban untuk aku..semakin hari semakin bertambah sayang aku kat dia..dugaan yang menimpa begitu banyak, maklum lah mula mula kan..tapi kami cuba selesaikan dengan cara baik..alhamdulillah kami bahagia..

Actually detik perkenalan kami sangat lah melucukan sebab kami bertemu dalam sebuah bas sekolah :) tapi itu adalah kenangan yang paling manis..mula mula aku takut nak tegur dia sebab muka dia sangtlah garang masa tu..ternyata dia tade lah macam yang aku jangkakan..sebulan kemudian kami harungi pelbagai dugaan..sangat sukar nak terima tapi sabar itu penting dalam perhubungan kan..setahun bersama dia banyak kenangan manis dan kenangan pahit..lupakan pasal tu yang penting kami tetap bersama..ermm masa zaman sekolah dia ramai kawan perempuan sampai aku sangat jeles sebab dia layan kawan dia lebih daripada aku..tapelah dah berlalu pun kan..

Tahun kedua aku masih lagi GIRLFRIEND dia..tapi masa tahun kedua nie lah banyak sangat dugaan yang menimpa aku..sampai aku ta sanggup untuk terima semua dugaan itu..hmm tape lah janji kami masih bersama..dia suka bawak aku pergi mandi manda kat ulu yam dengan kawan kawan dia..boleh dikata kan tiap tiap hujung minggu kami mesti pergi berjalan jalan dengan kawan kawan dia..actually dia memang suka berjalan pun dan dia mesti bawa aku..ada satu hari tu kitaorang balik daripada ulu yam dalam keadaan yang hujan lebat sampai basah lah semuanya sebab naik motor kan hee :) sampai je rumah malam tu jugak aku demam..kalau demam je tape nie ta sekali dengan chickenpop..aduh memang seksa sangat hidup masa tu..petang esoknya dia datang jumpa aku..masa tu aku demam teruk..suhu badan pun panas sangat sangat sampai dia sanggup buka baju dia then basahkan untuk lap muka aku yang sangat panas tu..mengalir airmata aku masa dia lakukan semua tu kat aku..hati kecil aku berkata "ya allah betapa sayangnya dia kat aku" sambil mengalirkan airmata..banyak kenangan manis aku dengan dia..

Masuk tahun ketiga aku masih lagi milik dia..biasa lah makin lama makin banyak lah dugaan kan ? lupakan pasal dugaan..fokus pada kegembiraan :) tahun nie tahun yang paling buat aku takut sebab dia dah habis sekolah kan..risau jugak lah..mana tahu dia ada orang lain kan..tapi masa tu dia kerja untuk bayar kereta yang dia beli..alhamdulillah dia dah ada kereta masa tu..kami mula mula kenal dulu dia guna moto pakcik dia je then now dia beli kereta sebab dia berfikir sampai bila nak bawa anak dara orang naik moto..ta manis dia pandang orang katanya..alhamdulillah dia berfikir matang..aku bersyukur dapat dia..hmm tapi kenangan pahit banyak lah masa tahun ketiga nie..hmm kita orang tetap bersama..malas lah nak cerita kisah duka tu..just forget it :) lepas aku dah habis sekolah kita orang kerja sama sama tapi berlainan tempat..dia sanggup tunggu aku untuk sambung belajar sama sama..

Tahun keempat menjelma..kisah suka dan duka bermula di tahun nie..kami sambung belajar sama sama tapi berlainan kolej..pada mulanya kami sangat bahagia tapi  lama kelamaan kitaorang macam dah ta sehaluan lagi..mungkin ada salah pada diri masing masing..terutamanya aku lah..banyak sakitkan hati dia..aku bukan apa,aku just mahu berkawan dengan semua orang ja tapi dia macam ta bleh nak faham kot sebab kawan kawan aku kebanyakkannya semua lelaki..dia jeles katanya..tape lah malas nak cerita pasal tu lagi..hmm satu hari tu aku kehilangan dia atas kesalahan aku sendiri..sangat sunyi tanpa dia..bila ada selalu bergaduh tapi bila tade aku rasa rindu sangat kat dia..makin hari makin bertambah rindu aku kat dia..hmm tapi dia dah benci aku..aku tahu sebab salah aku jugak..masa tidak boleh diundur kan..hmm aku hanya mampu berdoa supaya ia happy suati hari nanti tanpa aku di sisi dia..dia happy dah cukup memberi aku seribu makna..tiap tiap hari aku tengok gambar kami bersama sampai ta tahan sebak aku menangis..sangat rindukan dengan kenangan yang lama..hmm apa boleh buat nasi dah jadi bubur kan..kesian dia aku banyak buat salah kat dia..aku berharap sangat dia akan maaf kan aku satu hari nanti..hmm kalau dia baca post aku nie..aku nak dia tahu yang aku takan pernah untuk melupakan dia dan segala kenangan manis dan pahit aku bersama dia masih segar lagi di ingatan sampai bila bila..TUHAN JAGAKAN DIA UNTUK AKU :(

SAYA AKAN TETAP PERHATIKAN AWAK EVEN DARI JARAK YANG JAUH..
SETIAP SAAT SAYA TA PERNAH LUPAKAN AWAK EVEN AWAK DAH MULA BENCI SAYA.
SAYANG SAYA TA PERNAH PUDAR UNTUK AWAK TA KISAH LAH AWAK NAK CAKAP APA SEKALIPUN... :'(